Isnin, 24 Oktober 2016

Tempat Kemerdekaan





Sumber :http://sejarahdataranmerdeka.blogspot.my/2015/10/sejarah-dataran-merdeka-dataran-merdeka.html

Haji Abdul Rahman Abdul Hamid


Image result for haji abdul rahman abdul hamid

 HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL HAMID
Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Melayu Terengganu.
Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai “Pemberontakan Tani Terengganu”, Tok Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih.
Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai pemberontak dan penderhaka raja. Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh keluarganya ke Mekah.
Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.
Sumber :https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-malaysia/

Tok Gajah

 TOK GAJAH
Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata



Image result for Tok Gajah

Sumber :.https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-malaysia/

Antanom

ANTANOM
Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun 1915. Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan “Masinpunon” sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan. Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah ” Pengayau “.

Sumber :https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-malaysia/

Mat Salleh

MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.
Sumber :https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-malaysia/

Ahad, 23 Oktober 2016

TOK JANGGUT
Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Sumber : https://utmkskp
tdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-malaysia/
MAT KILAU
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.

Sumber : https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-malaysia/

TOKOH KEMERDEKAAN :Tun V.T. Sambanthan




Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.

Sumber :
https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-malaysia/
http://www.malaysiahistory.net/index.php?option=com_content&view=article&id=121:for-the-workers

TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN

SUMBER : https://pakcikli00.wordpress.com/2009/11/18/tunku-bapa-kemerdekaan-nizar-news/tunku-bapa-kemerdekaan-4/


Logo-logo Hari Kebangsaan




Sumber : http://www.malaysiancoin.com/2012/08/koleksi-lengkap-logo-tema-merdeka.html